Tuesday 5 November 2013

BERSYUKUR..kadang2 kita terlupa bagaimana nk bersyukur~




semalam aku pergi satu program
program yang pada mulanya aku anggap biasa2 je
sempena Maal Hijrah kan
aku tekad untuk melakukan satu perubahan...

dan...
apa yang aku dapat..
mungkin aku patut cakap terlalu banyak yang aku dapat dari program ini
setiap patah perkataan,ayat yang kuar dr mulut dia benar2 menyentap
setiap satunye betol..dan amat betol sekali
satu persatu ayatnye memukul dan menampar2 aku
mungkin bukan aku je
mungkin kesemuanya sama dgn apa yang aku rasa
buatkan aku terkaku,tersentak...

pe yang aku tulis ni utk peringatan diri sendiri
di masa akan datang...

BERSYUKUR

satu perkataan yang mudah disebut tapi susah untuk dilakukan
perkataan ini lah yang di ulang2 semalam
perkataan inilah yang menampar2,menyepak2 aku semalam

x bersyukurkah aku?
atau x bersyukurkah kita?

mulut kata ya..
tapi hati...
tepuk dada sendiri

benar..
kita manusia biasa
mengeluh,mengomel,merungut..
perkara biasa
tapi kita x pernah pandang jauh
sering kita baca ayat2 dr yang bijak pandai,hadis2 nabi tapi itu semua berkesan x dalam hati?
tanya hati sendiri...

bangun pagi merungut..malas nak g keje
malam tadi tido lambat
tapi pernah x kita bersyukur?
bersyukur sebab Allah bagi kita peluang untuk bangun pagi
tunaikan solat Subuh..
beribu mayat dalm kubur merayu2 mintak dihidupkan semula
semata2 untuk beribadat pada Allah..
kembali ke jalan yang benar
tapi kita...

tiap2 pagi tersekat dalam jem
merungut lagi..
pernah x kita bersyukur sebab kita ada kenderaan sendiri?
sedangkan org lain berebut menaiki kenderaan awam
pernah x?

sampai ofis merungut lagi...
kerja berlambak2,,gaji x pernah cukop..
pernah x kita bersyukur?
bersyukur yang kita masih ada kerja
untuk tampung hidop
dibandingkan dengan mereka2 yang x dpt kerja
merayu2 agar diambil bekerja
pernah x?

balik umah..umah bersepah
isteri salahkan suami x tolong
suami salahkan isteri x jln kan tggungjawab
anak2 kena marah
pernah x kita bersyukur?
bila rasa marah pada suami@ isteri..
pandang muka isteri@suami
"inilah lelaki yang kuar pagi balik petang semata2 cari duit utk aku dan anak"
" inilah perempuan yang bergadai nyawa lahirkan anak2 aku"
syurga isteri pada suami
kegembiraan suami terletak pada isteri
isteri merajuk rumah akan sunyi sepi..
bersyukurlah...

anak2 bising pernah x kita bersyukur?
bersyukur yang kita ada anak
sedangkan pasangan lain berdoa merayu2 agar dikurniakan anak
biarkan anak berlari sana sini, sepahkan mainan,bertanya itu ini, bercerita itu ini
sebab....
di saat mereka melangkah keluar untuk hidup sendiri,kita akan rindukan kebisingan itu
jadi..bersyukurlah..

kadangkala kita terfikir kenapa gaji beribu2 tapi duit selalu abes
utang bertambah2
hati x tenang
fikiran selalu fikir duit
jawapannya senang..

KEBERKATAN

mengeluh sebab kerja banyak
mengeluh penat bekerja
mengeluh kena bayar itu ini
semuanya mengeluh

banyak cara untuk berkat..

jaga hubungan dengan Allah
solat kita
rukun islam kita
rukun iman kita
zakat kita


jaga hubungan dengan ibu bapa
IBU yang paling penting
IBU syurga kita
doa ibu doa paling makbul disisi Allah
doa yang tanpa hijab
bila ibu kita meninggal maka hilanglah doa yang paling mustajab sekali dalam dunia
gembirakan hati ibu bapa
tanya kan diri sendiri..
pernah x kita hulur duit gaji kita pada ibu?
"ibu, ni duit gaji saya..ibu ambiklah.."

pernah?

ayah jangan di abai
tulang 4 kerat tu la yang memerah keringat mencari rezeki halal untuk kita satu masa dulu
yang paling cemas kalau kita demam,jatuh,luka berdarah
tapi ayah ada egonya sendiri
dia xkan tunjuk dia sayang kita
tapi doanya sentiasa mengiringi kita

jaga hubungan dengan suami@isteri
saling hormat - menghormati

apa yang kita fikir
apa yang kita rasa
apa yang kita cakap
apa yang kita buat
itu semua doa

5s untuk diri sendiri

Sujud
Syukur
Selawat
Sedekah
Suci

In Shaa Allah rezeki akan mendekat

Bila Allah duga itu tandanya Allah sayang
DIA nak kita sentiasa beringat
semat dalam hati..
Allah xkan duga hambanya kalau DIA tau kita x mampu untuk menghadapinya
setiap dugaaan itu ada kemanisannya
ada hikmahnya
Allah tu pengasih dan penyayang



Terima kasih kawan2..
=)



































No comments:

Post a Comment